14- 15 Januari 2020- Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dah Sukan Negeri Johor telah diadakan Mesyuarat Focus Group bil 1 tahun 2020 bagi Kluster Operasi, Kluster Teknologi Maklumat, Kluster Pengurusan dan Kluster Kawalan Strategik DT Troopers yang dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda, Pn Wardah binti Hussin. Turut hadir sama wakil daripada sekretariat SUKMA XX JOHOR 2020, Cik Nurul farinahh binti Asa’ari dan Cik Siti Zubaidah Binti Samat .

Objektif mesyuarat ini dilaksanakan untuk memberi memberi fokus kepada pemilihan sukarelawan mengikut kriteria yang telah ditetapkan , perbincangan pemilihan tempat dan pelaksanaan latihan umum dan spesifik , Ganjaran Sukarelawan, Penyediaan Standart Operational Procedur( SOP) dan Sistem Pengurusan Sukarelawan Bersepadu yang akan digunakan sebelum, semasa dan selepas Temasya SUKMA dan PARA SUKMA XX Johor 2020.

Disediakan oleh Bahagian Rakan Muda JBSN Johor