MERSING, 31 Julai 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah memenuhi undangan Jawatankuasa Penaja Majlis Gabungan Belia Mersing menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Mersing kali pertama pada 30 Julai 2022 (Sabtu) yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat ADUN Tenggaroh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing. Turut hadir Encik Mohd Rasidi bin Ismail, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu yang diterajui oleh Saudara Azhar bin Zainal.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing berharap agar Jawatankuasa Induk yang dilantik dapat melahirkan idea-idea baru untuk menarik minat belia khususnya belia dalam daerah Mersing.

#hbnmersing

#pbsdmersing

Disediakan oleh PBSD Mersing