PONTIAN, 16 Januari 2022 - Bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Pontian berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Pertama Persatuan Bola Sepak Daerah Pontian (FA Pontian) pada jam 8.30 malam. Sebanyak 9 Badan Gabungan hadir bagi menjalankan tanggungjawab mereka. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Presiden FA Pontian merangkap Pegawai Daerah Pontian. Turut sama hadir YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian yang bertindak sebagai pemantau dan pemerhati perjalanan MAT malam tadi.Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa FA Pontian yang dipilih dan dilantik, semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya.#SukanUntukSemua#KeluargaMalaysia#SukanMenjanaPerpaduan Disediakan Oleh PBSD Pontian