Batu Pahat, 26 April 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat mendapat jemputan untuk menyertai Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat yang dianjurkan oleh Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat bersempena bulan Ramadan al Mubarak.

Sekreteriat Rakan Muda (SRM) UTHM melalui ahli dan barisan kepimpinan hadir mewakili pihak Pejabat dalam Majlis ini dan membacakan Juzuk 4 dengan bantuan pembimbing daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat.

Majlis dihadiri oleh Ybhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat, ketua-ketua jabatan peringkat daerah, penghulu-penghulu mukim dan kariah masjid.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat atas kejayaan penganjuran Majlis tersebut.

#PBSDBP

#BatuPahat

#Ramadan

#SRMUTHM

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat