JOHOR BAHRU, 28 MAC 2022 - Meraikan persaraan, pertukaran pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Rosli bin Yusof, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi yang bersara wajib. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih atas jasa bakti selama berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor juga mengucapkan selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan di tempat baru kepada Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Timbalan Pengarah Belia yang bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sebagai Pengarah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Wardah binti Hussin, Penolong Pengarah Kanan Sukan yang akan bercuti dan menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor turut mengucapkan selamat maju jaya kepada enam orang Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) yang akan bertukar ke stesen penempatan yang baru di seluruh negara.

Encik Mohd Remiezan Effendie bin Ibrahim

PBSD Batu Pahat ke Edu Hub Pendidikan Tinggi Pagoh

Encik Mohd Khairul Asyraf Hafizi bin Mohamad Noor

Bahagian Sukan ke JBSN Kelantan

Encik Muhammad Saiful bin Mohd Zuki

PBSD Mersing ke JBS Negeri Sembilan

Cik Nur Liyana binti Mohd Yusof

Bahagian Rakan Muda ke Bahagian Kemahiran KBS

Encik Muhammad Zulhelme bin Daud

Bahagian Belia ke JBSN Melaka

Puan Nur Hazlin binti Ab Ghani

PBSD Johor Bahru ke JBSN Pahang

Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua, jasa dan bakti tetap menjadi kenangan di sini.

#jbsnjohor

#jbsnbersama

#kbsMalaysia

 

Disediakan oleh JBSN Johor