PONTIAN, 28 Februari 2022 : Daerah Pontian telah dipilih untuk menganjurkan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Johor bertempat di Masjid Bandar Pontian. Majlis yang dihadiri YAB Dato' Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh As-Sheikh Haji Nujaimi bin Muhamad. Majlis diteruskan lagi dengan syarahan Israk dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Sohibus Samahah Dato' Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor. Usai syarahan, YAB Menteri Besar, diiringi Ybhg Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian telah menyampaikan sumbangan baik pulih Masjid dan Surau bagi setiap daerah di Negeri Johor. Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Turut hadir ke majlis tersebut adalah, YB SS Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, YB Dato' Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai kewangan Negeri Johor serta YB Dato' Haji Rofiki bin Dato' Haji A.Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Seramai 20 orang Sukarelawan Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian turut sama membantu mengagihkan makanan kepada jemaah yang hadir. #israkmikraj #sukarelawan Disediakan oleh PBSD Pontian