LARKIN, 30 Mac 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah diadakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin yang melibatkan seramai 84 orang warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Antara pengisian program adalah, Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR), Majlis Amanat Pengarah, Majlis Tazkirah bersempena Ramadan serta acara sukan.

Sesi penyampaian Amanat Pengarah telah disempurnakan oleh wakil rasmi Pengarah iaitu Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan). Intipati amanat, antara lain adalah seruan kepada warga kerja JBSJ untuk sentiasa mempertingkatkan kualiti kerja dan integriti bagi memastikan perkhidmatan belia dan sukan dapat disampaikan dengan berkesan di peringkat akar umbi sepertimana yang ditetapkan melalui visi dan misi serta dasar Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara sukan pada 29 Mac 2022.

#jbsnjohor

#JBSNBersama

#kbsmalaysia

#MSL

Disediakan oleh JBSN Johor