PEKAN NANAS, 27 April 2022 - SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman menjadi lokasi Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran dan Penutup bagi Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Pontian Tahun 1443H/2022M kali ini.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Fadhil bin Jamal, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, wakil rasmi Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut sama hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pontian, YBrs. Encik Muzakir bin Mohd Sidek, Timbalan PPD Pontian, Puan Andik Radhiah binti A. Aziz, Pengetua SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Puan Anisah Binti Wasis, Timbalan YDP Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian.

Di akhir Majlis tersebut, Encik Mohamad Fadhil bin Jamal telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta-peserta dan sijil penghargaan kepada Guru-guru Pembimbing tadarus program ini.

Majlis bersurai kira-kira jam 8.15 malam.

#RakanMudaRamadan

#PrihatinMahirDinamik

#JBSNBersama

Disediakan oleh PBSD Pontian