PEKAN NANAS, 20 November 2019 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil oleh YBrs. Cik Fadhilah bt. Ahmad, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor mewakili YBhg. Pengarah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor. Majlis berlangsung bermula jam 12.30 tengah hari dengan ucapan penggulunggan wakil peserta seterusnya ucapan penutup oleh YBrs. Cik Fadhilah bt. Ahmad.

Turut hadir YBrs. En. Sidek b. Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, En. Shamsul, wakil PPD Pontian, En. Syed, wakil Pegawai AADK Pontian, En. Mohd Iskandar Selamat, Yang DiPertua, Majlis Belia Daerah Pontian dan En. Norkhairul Ezzudin b. Nordin, wakil Akademi Kaizen, Pekan Nanas.

Ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua Agensi Kerajaan khususnya pihak Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pontian, pihak NGO Belia, Majlis Belia Daerah Pontian, Ahli Parlimen Belia Negeri Johor dan yang tidak terlibat secara langsung dalam menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh PBSD Pontian