JOHOR BAHRU, 24 NOVEMBER 2019 - Program Anak Muda Lestari (AMWAL) Peringkat Daerah Johor Bahru baru sahaja melabuhkan tirai pada tarikh 24 November 2019, dan Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan Oleh YBrs. Cik Fadhilah bt. Ahmad, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor mewakili YBhg. Pengarah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor.

Turut hadir Cik Belinda Michelle Anak Benedict, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, En. Ahmad Kamal wakil PPD Johor Bahru, En. Rozaihan Bin Hj Rahman Pengarah Kejos Auto Project.

Pejabat Belia dan Sukan daerah Johor Bahru mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat khususnya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Johor, Pihak NGO Belia, Ahli Parlimen Belia Negeri Johor dan yang tidak terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru