Batu Pahat, 4 Mac 2020 - Sedang berlangsung Majlis Perasmian Kejohanan Petanque Piala Ketua Polis Negara Tahun 2020 yang dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat. 

Daerah Batu Pahat dipilih untuk acara sukan Petanque ini yang akan melibatkan 15 kontinjen daripada seluruh negara. Turut bersama dalam majlis perasmian ini ialah Tuan ACP Azhan bin Abdul Halim, Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang mewakili Ketua Polis Negeri Johor. 

Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 4 hingga 7 Mac 2020 di Arena Petanque MPBP, Batu Pahat, Johor.

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat