SEGAMAT, 13 OKTOBER 2019.- Telah berlangsung sesi penyerahan pelatih untuk Program Youth Career Daerah Segamat Siri 2 : Baikpulih dan Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan 4 Roda yang diadakan di MFZ Motorsport, Kg Paya Pulai.Program Y Career ini diadakan selama 5 hari bermula 13 - 17 Oktober 2019 dari jam 9 pagi - 5 petang. Ia adalah program Kementerian Belia dan Sukan dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Encik Hayadde Hamzani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah menyampaikan amanat dan menyerahkan seramai 10 orang pelatih kepada Encik Faiz, Pengurus MFZ Motorspot.6 dari 10 orang pelatih adalah dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Pelatih akan mempelajari secara praktikal (hands on) bagaimana untuk menyelenggara dan membaikpulih kenderaan pacuan 4 roda (4x4). Pensijilan adalah dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Selamat menimba ilmu kemahiran kepada semua.

#Skills
#YCareer

Disediakan oleh PBSD Segamat