Segamat, 14 Julai 2020 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Hub Belia oleh YDP Majlis Perbandaran Segamat Tn. Hj. Asri bin Hj Amir kepada Majlis Belia Daerah Segamat.En. Mohd Zamri bin Mohd Ali selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat telah menerima kunci dan surat penyerahan dengan secara rasminya. Turut disaksikan oleh En. Maizatul Asrul bin Mohd Yunus Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Di harap Hub Belia akan menjadi pusat rujukan kepada para belia serta mampu menangani masalah gejala sosial dikalangan belia khususnya di Daerah Segamat serta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. #pbsdsgmt Disediakan oleh PBSD Segamat