PEKAN NANAS,PONTIAN, 5 Oktober 2019 - Telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Tali Pinggang Hitam Taekwondo sempena Bulan Sukan Negara (BSN) 2019 anjuran Kelab Taekwondo Cergas Pontian di SJKC Yu Ming, Pekan Nanas pada jam 12.00 tengah hari.

Majlis ini dihadiri oleh Ybrs. Pn. Wardah Husin, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Tn. Hj. Musa, Pegawai Khas Parlimen Tg. Piai, En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan En. Lee Soon Chong, Pengerusi Kelab Taekwondo Cergas Pontian.

Dalam Majlis ini turut diadakan penyampaian Piala Juara Keseluruhan Pertandingan Taekwondo antara sekolah-sekolah negeri Johor yang telah diadakan penghujung bulan September lepas oleh Pn. Wardah Husin.

Syabas diucapkan!

#KelabTaekwondoCergasPontian
#BulanSukanNegara2019
#PrihatinMahirDinamik

Disediakan oleh PBSD Pontian