SEGAMAT, 28 NOVEMBER
- "Setiap orang pernah melalui masa muda dengan jiwa yang memberontak. Tetapi, jiwa dan perasaan itu haruslah dipandu dengan baik."

Begitulah amanat dan pesanan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Shamsuhaime Bin Basir dalam kunjungan rasmi menutup program beliau yang pertama ke daerah Segamat.

Beliau menutup rasmi Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Daerah Segamat di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat yang telah diadakan selama 3 hari berakhir hari ini.

Turut hadir dalam majlis adalah Penolong Pegawai Daerah Segamat dan para pegawai dari agensi rakan strategik program iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan Kolej Komuniti Segamat 2.

Seramai 45 orang peserta meliputi 40 lelaki dan 5 wanita telah mengikuti program dengan pelbagai pengisian yang disusun rapi. Kesemua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan amat berharap program seumpama ini akan diteruskan lagi oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Untuk rekod, program AMWAL ini julung - julung kali diadakan dan Segamat amat bertuah kerana menjadi sebahagian dari sejarah pertama kali ini.

Disediakan oleh PBSD Segamat