PONTIAN, 20 April 2022 - Bertempat di Masjid Bandar Pontian telah diadakan Majlis Khatam Membudayakan Al-Quran Peringkat Daerah Pontian Tahun 1443H/2022M.

Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang itu telah dihadiri oleh Jemputan dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Pontian. Turut hadir Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian yang bertindak salah seorang Ketua Jabatan pembaca Surah-surah Lazim iaitu Surah An-Nasr.

Semoga pembudayaan Al-Quran ini berterusan di bulan-bulan akan datang.

#TeamKBS

#JBSNBersama

#PBSDPONTIAN

Disediakan oleh PBSD Pontian