SEGAMAT 22 APRIL 2022: Telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Segamat Dan Iffar Perdana Mahaad Tahfiz At-Ta'zim Segamat di Surau Kampung Paya Dalam Segamat.

Program Rakan Muda Ramadan Tadarus Al Quran Daerah Segamat yang diselaraskan oleh Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Segamat Encik Hasdi Ismail telah bermula dari 14 April 2022 dengan kerjasama Mahaad Tahfiz At-Ta'zim Segamat. Seramai 20 orang pelajar dari Tahfiz ini telah menyertai program dan mereka akan bertadarus pada setiap hari selepas waktu solat Asar.

Kemuncak Program Rakan Muda Tadarus dan Khatam Al Quran ini telah dilangsungkan pada 22 April 2022 di Surau Kampung Paya Dalam yang disempurna rasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus, majlis ini juga dihadiri Penaung Mahaad Tahfiz At-Ta'zim Datuk Ayub Rahmat yang menekankan agar kerjasama antara pejabat ini dengan Mahaad Tahfiz dapat diteruskan kerana hampir kesemua pelajarnya adalah generasi belia, beliau juga berharap agar Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dapat disertai oleh pelajar-pelajar ini dan keseluruhan pelajar Tahfiz yang terdapat di Segamat. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa pelajar, Ketua Kampung Paya Dalam, Pengerusi Surau Kampung Paya Dalam dan wakil dari Majlis Belia Daerah Segamat

Disediakan oleh PBSD Segamat