AYER MASIN, KUKUP, PONTIAN. 29 Oktober 2019 - Kira-kira 350 orang menghadiri Majlis Bersama YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia yang diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Masin, Kukup pada jam 12.00 tengah hari.

Turut diadakan aktiviti Pertandingan Liga Penalti Futsal (Lelaki dan Wanita), Seminar Kerjaya Sehari, Pameran dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dan Pagoh, Cabutan No. Bertuah dan Senamrobik.

Turut hadir, YBhg. Datuk M. Noor Azman b. Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia, YBhg. En. Azhari b. Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg. En. Norazli b. Indzam, Setiausaha Pembangunan KBS, YBhg. En. Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pengarah-Pengarah IKBN Pagoh dan Bandar Penawar dan YBrs. En. Faiz, Penghulu Mukim Ayer Masin.

Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kesudiaan semua pihak untuk hadir memeriahkan Majlis ini.

Semoga berjumpa lagi!

#YOUTHPOWER

Disediakan oleh PBSD Pontian