BENUT,PONTIAN. 11 Disember 2021 - YB. Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Ahli Parlimen Pontian telah menyampaikan Anugerah Belia Cemerlang (ABC) Parlimen Pontian Tahun 2021 jam 3.00 petang tadi. Majlis tersebut yang dilaksanakan di Dewan Pusat Khidmat Benut itu di hadiri kira-kira 120 orang belia dan masyarakat setempat.Anugerah ini dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia dalam kawasan Parlimen Pontian.Sebanyak 7 Anugerah disampaikan iaitu Pertubuhan Belia Cemerlang, Kepimpinan Belia Cemerlang, Kesukarelaan Belia Cemerlang, Khas Kembara Kepimpinan Belia Cemerlang, Khas Sukan Belia Cemerlang, Tokoh Jasa Belia Wanita dan Lelaki.Hadir sama ke Majlis tersebut juga ialah YBhg. Encik Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBhg. Encik Mohd Ezzuddin bin Sanusi, YDP Majlis Perbandaran Pontian, YBrs. Encik Mohd Zulhafiz bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian, YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Saudara Md. Aliff bin Dato' A. Rahim, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor dan Saudara Mohd Iskandar Selamat, YDP Majlis Belia Daerah Pontian.Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Anugerah Belia Cemerlang (ABC) Parlimen Pontian Tahun 2021.Keputusan Rasmi ABC Parlimen Pontian 2021 :Kategori Pertubuhan Belia Cemerlang 1. Persatuan Belia Bersatu Seri Pulai2. Gerakan Belia Empat B Pontian Kawasan Pontian 3. Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Jalan NipahKategori Kepimpinan Belia Cemerlang1. Nor Mohamad Shawaludin bin Abdul Malik 2. Muhammad Nizamuddin bin Maat 3. Muhd Abd Rahman bin KhamisKategori Kesukarelaan Belia Cemerlang 1. Mohamad Fahmi Sapari2. Md Khairul Azhar bin Khastam3.Muhammad Safiuddin SakironKhas Kembara Kepimpinan Belia Cemerlang 1. Cik Ainul Ashikin binti HelmyKhas Sukan Belia Cemerlang Siti Nur Syakirin binti Mohd KaminTokoh Jasa Belia Wanita Puan Anita binti ParminTokoh Jasa Belia Lelaki YH. Dato' Hj Mohamad Jahis Othman#DekadIniDekadAnda#abcparlimenpontian2021#HBN2021 Disediakan oleh PBSD Pontian