PONTIAN, 25 Oktober 2021 - Satu lawatan pra pemeriksaan Aset Kerajaan telah dilakukan oleh YBrs. Encik Mohammad Khairul bin. Md. Dam, Timbalan Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor pada jam 10.00 pagi tadi di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Lawatan ini adalah sebahagian persiapan dari sebarang kemungkinan pemeriksaan mengejut pihak Audit Aset dari Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia. Turut sama dalam lawatan ini ialah Encik Abd Isa bin Rasah, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

YBrs. Encik Sidek bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBrs. Encik Mohammad Khairul bin Md. Dam atas lawatan yang dilakukan ini.

Lawatan tamat kira-kira jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian

#DekadIniDekadAnda

#TowardsSportingNation

#TeamJBSJ