20 Julai 2020, Johor Bahru - Hari pertama lawatan kerja YB Senator Tuan Wan Ahmad Fahysal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Negeri Johor Darul Takzim. Lawatan kerja ini dimulai dengan Sesi Beramah Mesra Bersama Team Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019. Seterusnya YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor telah mendapat perkenan untuk mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Ibu Pejabat JDT. Pada lewat petangnya, YB Timbalan Menteri telah meluangkan masa berdiskusi secara santai bersama Majlis Belia Negeri Johor dan Badan-badan Gabungannya di R&R Bistro, Johor Bahru. Disediakan oleh JBS Johor