Batu Pahat, 3 Februari 2020 - Sedang berlangsung Lawatan Kerja YAB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor ke Daerah Batu Pahat. 

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat berkenaan projek-projek pembangunan di Daerah Batu Pahat. 

Ketua-ketua jabatan peringkat Daerah Batu Pahat turut hadir ke Lawatan yang dijangka tamat pada jam 3.00 petang ini di Arena Warna, Ayer Hitam.

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat