Bandar Penawar, Kota Tinggi , 17 Februari 2020- Lawatan kerja oleh YB Tuan Mohd Khuzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatan Kuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor ke venua sukan pelayaran di KRMSAU, untuk meninjau kerja-kerja persiapan untuk menghadapi SUKMA XX Johor 2020 pada bulan Julai nanti. Beliau amat berpuashati dengan kerja-kerja persiapan yang sedang dijalankan. Turut hadir lawatan tersebut pegawai MSN Johor, KPRJ dan En.Shamsuddzukha bin Hj Hashim,Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara. Disediakan Oleh KRMSAU Johor