6 JULAI 2020, JOHOR BAHRU - Hari pertama Lawatan Kerja YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan ke Negeri Johor Darul Takzim. Lawatan kerja tersebut dimulai dengan Mengadap Kebawah Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru. Lawatan kerja ini diteruskan dengan Sesi perbincangan bersama YAB Datuk IR. Haji Hasni Mohammad di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor. Perbincangan hari ini merangkumi pelbagai perkara terutamanya SUKMA Johor 2020, Pembangunan KOMBES Negeri Johor dan lain-lain isu berkaitan belia dan sukan. Turut menyertai sesi perbincangan tersebut ialah YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan Negeri Johor; YB Dato' Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Dato' Haji A. Rahim Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YBhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara; Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor. #TeamJbsJohor Disediakan oleh JBS Johor