7 JULAI 2020 - JOHOR BAHRU- Hari kedua Lawatan Kerja YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan ke Negeri Johor Darul Takzim. Lawatan kerja hari ini bermula di Pusat Akuatik, Arena Larkin; Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam; Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin; Stadium Tertutup, Arena Larkin dan diakhiri dengan lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah. Alhamdulillah, segala perancangan berkaitan lawatan ini telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Jutaan terima kasih kepada semua team JBS Johor yang telah membantu melancarkan lawatan YB Menteri Belia dan Sukan ke Negeri Johor buat kali pertama sejak dilantik. Jazaakallahu khairan. Disediakan oleh JBS Johor