BATU PAHAT, 21 April 2022 - Lawatan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan perbincangan bersama Sekretariat Rakan Muda UTHM.

Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSJ diwakili oleh Encik Mohammad Fadhil bin Jamal bersama Encik Isa bin Abd Rasah. Turut hadir sama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Puan Amalina binti Holidi, Penasihat SRM UTHM, Ts. Dr. Mohd Fahmy bin Abdullah, Ts. Mohd Safiee bin Idris serta barisan jawatankuasa SRM UTHM.

Kunjungan tersebut antara lain membincangkan tentang kerjasama program antara universiti dan pihak jabatan. Satu program juga telah dirancang untuk dianjurkan dalam masa terdekat, iaitu program bersifat memberi nilai tambah kepada belia IPT khususnya untuk melonjakkan penyerlahan potensi golongan sasaran ini. Sesi lawatan turut diadakan untuk melihat dengan lebih dekat beberapa fasiliti sukan dan kemudahan yang ada di universiti tersebut.

Disediakan oleh JBSN Johor