Tangkak 13 Oktober 2019- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tangkak dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tangkak telah jayanya melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi Tahap 1 Daerah Tangkak 2019. Kursus ini telah dilaksanakan pada 11-13 Oktober 2019 bertempat di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang, Tangkak. Kursus ini melibatkan 43 orang peserta berumur 18-27 Tahun terdiri daripada Ahli-ahli persatuan belia di dalam daerah ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ybhg Cik Fadhilah Binti Ahmad Tim. Pengarah Belia selaku wakil rasmi pengarah Jabatan Belua dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir sama En Imran bin Isnin pegawai Belia dan Sukan daerah Tangkak dan En Hairi Iskandar bin Hj Tahir Yang Di pertua Majlis Belia Daerah Tangkak.


Disediakan oleh PBSD Tangkak