Johor Bahru, 20 Julai 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Majlis Belia Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pengarah, Encik Mohamad Mazlan bin Hj Anis turut disertai oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Sukan, Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam serta Setiausaha Kerja Majlis Belia Negeri Johor.

 Fokus perbincangan pada perjumpaan tersebut adalah program-program belia dan sukan yang akan dilaksanakan seperti Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor, Majlis Perundingan Belia Negara, Anugerah Perdana Belia Negara dan juga program Malaysia Little League (MiLL). Diharap belia-belia di negeri johor akan memanfaatkan sepenuhnya program yang akan dilaksanakan nanti.

#IniMasaKita

#DariBeliaUntukBelia

#BeliaJohor

#MalaysiaLittleLeague

#KeluargaMalaysia

 

Disediakan oleh JBS Johor