MERSING, 21 Julai 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah, Institut Latihan Perindustrian Mersing pada 21 Julai 2022 (Khamis) di Pejabat Pentadbiran, ILP Mersing.

Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing telah membentangkan perancangan program-program yang ingin dianjurkan bersama-sama ILP Mersing pada tahun 2022. Tuan Ts. Syahrull Nizam bin Haji Perdan, Pengarah ILP Mersing telah menyambut baik dan mengalu-alukan penganjuran program-program tersebut.

Di akhir pertemuan ini, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menyerahkan sijil penghargaan dan sijil penyertaan program Rakan Muda Day Out Siri 2 Peringkat Daerah Mersing Tahun 2022 yang telah diadakan pada 5 Julai 2022 yang lalu.

Semoga kerjasama dan perhubungan baik ini akan diteruskan untuk melahirkan belia-belia harapan negara. Terima kasih, ILP Mersing.

#PBSDMersing

#teamJBSN

#RMDO2022

#WfitMersing

#1000ligaMersing

D
isediakan oleh PBSD Mersing