PONTIAN, 20 Oktober 2021 - Jam 11.00 pagi tadi, pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah dikunjungi oleh YBrs. Encik Hamid A. Latif, Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Permatang Duku dan Biro Belia dan Sukannya, Saudara Mohamed Hanif bin Ahmadi serta Saudara Aziz bin Othman.

Kunjungan ini bertujuan mendapatkan maklumat Pendaftaran Pertubuhan Belia bagi Belia Kg. Permatang Duku. Penerangan berkaitan tatacara dan khidmat nasihat penubuhan Pertubuhan Belia telah diterangkan oleh Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Semoga penerangan dan khidmat nasihat yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu pihak Biro Belia dan Sukan JPKK Kg. Permatang Duku menubuhkan Pertubuhan Belia tidak lama lagi.

Kunjungan tamat kira-kira jam 11.30 pagi.

#BeliaPrihatin

#DekadIniDekadAnda

#DariBeliaUntukBelia

Disediakan oleh PBSD Pontian