BEKOK, 4 Disember 2019 - Kem Motivasi Belia 2019 anjuran Persatuan Belia Cergas Kayu Ara Pasong Pontian di Tapak Perkhemahan Takah Pengkoi, Bekok, Segamat yang berlangsung dari 2 - 4 Disember 2019 telah dirasmi tutup oleh YBrs. En. Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian pada jam 12.00 tengah hari.

Pada peringkat awal perancangan penyertaan oleh Persatuan adalah seramai 40 orang sahaja namun demikian pihak persatuan telah membuka penyertaan lagi sehingga mencecah 140 orang. Penyertaan yang luar biasa ini memberi semangat kepada para jurulatih untuk membantu para belia yang memerlukan khidmat motivasi kepada mereka.

Selama 3 hari 2 malam peserta didedahkan dengan pengalaman hidup berdikari di samping memupuk semangat setiakawan dikalangan peserta.

Turut sama ke Kem ini ialah En. Lim Kim Huat, Pengerusi Persatuan Belia Cergas Kayu Ara Pasong, Pontian.

Disediakan oleh PBSD Pontian