SKUDAI, 5 September 2019 : Telah berlangsung KEM BAKAT SUKAN PARA RENANG MSN/MILO/JBS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019 di Taman University Sport & Reacreation Club ( EZY Swimming Academy - Taman Universiti). Program ini adalah anjuran Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Program dimulakan dengan kata aluan oleh Encik Mohd Azmil Bin Jamiron , Pegawai Pembangunan Sukan OKU Negeri Johor kepada ibu bapa ,guru pengiring dan para peserta yang hadir kem bakat para renang. Seterusnya , Encik Low Kar Jun , Penggerak Renang Program Para Pelapis Negeri Majlis Sukan Negera memberi informasi mengenai kem bakat para renang kepada peserta serta tujuan kem diadakan untuk mencari pelapis para renang bagi negeri Johor.

Selain itu , satu sesi khas penerangan mengenai klasifikasi bagi OKU akal / masalah pembelajaran oleh Dr. Nor Rahidah Abd Rahim, Pakar Psikiatri Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kepada ibu bapa dan guru pengiring.

Penyertaan kem pada kali ini telah dihadiri seramai 35 orang yang terdiri dari kategori OKU Akal / Masalah Pembelajaran dan OKU Fizikal (kaki). Peserta yang terpilih sebagai pelapis akan mengikuti program renang yang akan bermula pada bulan Oktober. Program berakhir pada jam 1.00 petang dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Disediakan oleh :Azwana Mohd Hasan
Pengurus Renang Para Johor