PONTIAN, 21 Oktober 2021 - YDP Kelab Jejak Orang Muda Pontian, Saudara Syahir Aiman bersama Timbalan YDP, Saudara Muhammad Fahmi dan Setiausahanya Saudara Mohd Khairul Jahis telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian jam 3.00 petang tadi.

Kehadiran ini bertujuan mendapatkan pandangan dan kefahaman berkaitan perjalanan urustadbir kelab dan cadangan program-program yang boleh membantu pembangunan belia di Benut khususnya dan Pontian umumnya.

Sesi bual tersebut diadakan bersama Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Semoga penjelasan dan cadangan dapat membantu usaha pihak Kelab untuk memajukan program-program yang dirancang.

Sesi tamat pada jam 3.30 petang.

#DariBeliaUntukBelia

#DekadIniDekadAnda

#KeluargaMalaysia

Disediakan oleh PBSD Pontian