PONTIAN, 26 Disember 2021 : Persatuan Tenis Daerah Pontian telah menganjurkan Kejohanan Tenis Beregu Daerah Pontian Edisi Ke 2. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula 25 Disember telah diadakan di Gelanggang Tenis Majlis Perbandaran Pontian. Seramai 32 beregu termasuk dari Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, N. Sembilan, Melaka serta Johor telah menyertai kejohanan ini.  Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang turut bersetuju untuk menjadi Penaung kepada Persatuan Tenis Daerah Pontian. Turut hadir menyaksikan kejohanan ini adalah Encik Aman bin Karyo, Presiden Persatuan Tenis Daerah Pontian, Encik Haszuan bin Sapuan, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pontian serta Puan Adeera binti Azhar, Pegawai Majlis Sukan Daerah Pontian. Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasangan beregu dari Negeri Selangor yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1200 beserta sijil dan piala pusingan. Kejohanan tamat pada jam 3.00 petang. Tahniah kepada pemenang-pemenang dan pihak penganjur. Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian #KeluargaMalaysia#SukanMenjanaPerpaduan#PatuhiSopCovid19