KUALA LUMPUR, 27 Mac 2022 - Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Para Badminton 2022 bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan, Kuala Lumpur bermula 24 hingga 27 Mac 2022.

Kontinjen Johor melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menghantar seramai 7 orang atlet terdiri daripada 5 orang atlet lelaki dan 2 orang atlet perempuan dalam kategori SL3, SL4 dan SU5. Sirkit ini diadakan bagi mencari pelapis baru atlet para untuk acara sukan badminton. Melalui kejohanan ini, Kontinjen Johor telah membawa pulang 3 pingat Gangsa dalam kategori SL4 dan SU5. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#TeamJBSNJ

#TeamParaJohor

Disediakan oleh JBSN Johor