Bandar Penawar, 4 Februari 2020- Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD Kota Tinggi dan Pengerang sedang berlangsung dari 4 hingga 6 Februari 2020 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru. Sebanyak 16 buah sekolah menengah dan 23 buah sekolah rendah di Daerah Kota Tinggi menyertai pertandingan tersebut. Kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun dipertandingkan. Johan setiap kategori akan mewakili MSSD ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Februari 2020 di KRMSAU.

Disediakan oleh KRMSAU, Desaru, Kota Tingg,i Johor.