JOHOR BAHRU, 9 Januari 2020 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah berpeluang hadir jemputan ke Majlis Perasmian Penutup Perujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor tahun 2020M/1441H yang telah diadakan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor jam 8.00 malam. Seramai 36 orang peserta daripada keseluruhan 250 orang peserta dari seluruh zon di Negeri Johor telah terpilih ke peringkat negeri ini.

Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar merangkap wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Turut sama hadir ke majlis ini ialah Dato’ Dr. Haji Noh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Yang Berhormat SS Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor.

Majlis perasmian penutup ini kemudiannya disusuli dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan tamat kira-kira jam 11.00 malam.

Disediakan oleh PBSD Pontian