PONTIAN, 28 November 2021 - Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, seramai 7 orang belia Parlimen Pontian telah hadir hari ini bagi sesi penilaian untuk 2 Kategori yang dipertandingkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Pontian iaitu Kategori Kepimpinan Belia Cemerlang dan Kategori Kesukarelaan Belia Cemerlang.Sesi Penilaian yang diketuai oleh YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian telah bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang. Turut sama ialah YBrs. Encik Roslan Bokari, Penghulu Kanan 2 Daerah Pontian dan Saudara Mohd Iskandar Selamat, YDP Majlis Belia Daerah Pontian.Tujuan penilaian ini untuk melihat potensi calon-calon dalam berkomunikasi, penglibatan dalam komuniti, keyakinan diri dan beberapa lagi aspek berkaitan. Setiap calon yang hadir perlu membentangkan profil diri mengikut kategori, persembahan montaj/video pengenalan diri dan sesi soal jawab bersama para panel.Semoga ruang dan peluang yang telah diberikan ini akan dapat memberi pengalaman berguna untuk calon-calon ABC Parlimen Pontian Tahun 2021.Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian. #DekadIniDekadAnda#ABCParlimenPontian2021#DariBeliaUntukBelia