JOHOR BAHRU, 21 JULAI 2020 - Hari kedua lawatan kerja YB Senator Tuan Wan Ahmad Fahysal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke Negeri Johor Darul Takzim. Lawatan kerja hari kedua ini dimulai dengan lawatan ke Pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam (PSG) diikuti dengan lawatan ke venue Bola Keranjang, Arena Larkin dan venue Gelanggang Tenis, Taman Nusa Duta. Seterusnya YB Timbalan Menteri bergerak ke Pusat Sekretariat SUKMA Johor di Medini, Iskandar Puteri untuk lawatan dan taklimat persiapanTemasya SUKMA Johor 2020 yang dijadualkan dari 6 hingga 14 Mac 2021 dan Temasya Para SUKMA dari 4 hingga 10 April 2021. Pada sebelah petangnya YB Timbalan Menteri bergerak ke Dataran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan ke veneu acara berbasikal trek di Velodrom Medini, Iskandar Puteri. Seterusnya YB Timbalan Menteri dan rombongan bergerak ke Arena Emas di Taman Impian Emas bagi meninjau persiapan terkini veneu bagi acara skuasy, petangue, lawnball dan memanah. Lawatan selama 2 hari ini diakhiri dengan sesi sidang akhbar sebelum YB Timbalan Menteri bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor untuk penerbangan pulang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sekretariat SUKMA Johor, Team JBS Johor, PDRM dan Agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Johor yang membantu menjayakan lawatan rasmi YB Timbalan Menteri pada kali ini. #teamJBSJohor #luaskankuasamu Disediakan oleh JBS Johor