PONTIAN, 23 Oktober 2021 - Hampir 200 orang peserta menyertai Fun Ride HSN Parlimen Pontian hari ini. Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Pontian bersama Majlis Belia Daerah Pontian.

Pelepasan telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian tepat jam 8.30 pagi. Para peserta berkayuh sejauh 20 km sambil diiringi bantuan Polis Trafik Pontian dan Ambulans dari Pejabat Kesihatan Daerah Pontian.

Turut sama hadir dan berkayuh dalam program ini ialah YBhg. Encik Azmee bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Samsi, Penolong Pegawai Pentadbir Tanah Pontian, YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Saudara Mohd Iskandar Selamat, YDP Majlis Belia Daerah Pontian serta Ahli Jawatankuasanya.

Acara kemuncak program Fun Ride ini ialah Cabutan Hadiah Bertuah dan sebanyak 20 buah hadiah disediakan oleh pihak Ahli Parlimen Pontian. Pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Pontian serta Majlis Perbandaran Pontian atas bantuan persiapan tempat.

Program tamat kira-kira jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian

#TowardsSportingNation

#HSN2021

#KeluargaMalaysia

Disediakan oleh PBSD Pontian