PONTIAN, 14 Mei 2022 - Hari ini telah bermula 2 Pertandingan iaitu Bola Jaring dan Bola Keranjang 3on3 (Lelaki & Wanita) Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Seramai 231 orang peserta telah menyertai kedua-dua pertandingan ini yang berlangsung di Dewan Muafakat MPPn Taman Saujana dan Gelanggang Bola Keranjang MPPn Pekan Nanas yang bermula jam 8.00 pagi. Majlis Perasmian turut diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Nanas yang disempurnakan oleh YB Tuan Tan Eng Meng, ADUN Pekan Nanas pada jam 10.00 pagi.

Tahniah kepada Pasukan JMS selaku Johan (Wang Tunai RM1000 + Medal) dan Pasukan Summer selaku Naib Johan (Wang Tunai RM700) Pertandingan Bola Jaring manakala Pasukan Brother Kiss Kiss selaku Johan (Wang Tunai RM600 + Medal) dan Pasukan Pekan Nanas selaku Naib Johan (Wang Tunai RM400) Bola Keranjang 3on3 (Lelaki). Turut diadakan Pertandingan Bola Keranjang 3on3 (Wanita) yang dimenangi oleh Pasukan Pei Chun C (Wang Tunai RM600 + Medal) dan Pasukan Just Me selaku Naib Johan (Wang Tunai RM400).

Johan dan Naib Johan setiap Acara Sukan akan mewakili Daerah Pontian ke MSL Peringkat Negeri Johor yang dirancang sekitar bulan Jun hingga Julai 2022.

Pertandingan seterusnya adalah Futsal (Lelaki & Wanita) pada 21 Mei 2022 (Sabtu), Badminton Berpasukan & Sepak Takraw pada 28 Mei 2022 (Sabtu).

Penyampaian hadiah Pertandingan hari ini disampaikan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof.

Pertandingan tamat kira-kira jam 5.00 petang.

#SukanUntukSemua

#MalaysiaSportsLeague2022

#UsahaTanpaJemu

Disediakan oleh PBSD Pontian