MERSING, 18 Mei 2022 – Pertandingan Futsal (lelaki dan wanita) sempena Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada 14 hingga 15 Mei 2022 di Gelanggang Futsal, Taman Tun Dr. Ismail, Mersing. Sebanyak 32 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung selama dua hari.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Akmal bin A. Rahman, Penghulu Mukim Mersing, wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing. Turut hadir Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai teknikal daripada Kelab Sukan Kecergasan GYM 1 Malaysia Mersing dan semua pengadil yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pertandingan ini. Tahniah kepada semua pemenang.

Majulah sukan daripada akar umbi!

#pbsdmersing

#malaysiasportleaguemersing

Disediakan oleh PBSD Mersing