Johor Bahru, 16 Julai - Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Johor anjuran Pejabat Pertubuhan Belia Zon Selatan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Seramai 33 orang peserta daripada 20 buah pertubuhan belia di negeri Johor telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia merupakan platform terbaik untuk semua pemegang jawatan pertubuhan belia bagi mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam tadbir urus pertubuhan belia selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Di akhir bengkel tersebut turut diadakan penyerahan sijil pendaftaran kepada Pengerusi Kelab Belia Sepakat Bandar, Kelab Belianita dan Kelab Belia Progresif. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Md Shariff, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

#inimasakita

Disediakan oleh JBS Johor