BATU PAHAT, 16 September 2019 - Telah dilaksanakan Bengkel Pengadilan Jrobik 2019 Peringkat Negeri Johor di Pine Tree Hotel, Batu Pahat. Bengkel ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta daripada seluruh negeri Johor.

Objektif bengkel ini ialah untuk menyediakan dan melahirkan pengadil Jrobik daripada peringkat akar umbi di samping menwujudkan pengadil yang mampu mengadili pertandingan Jrobik di semua peringkat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat. Turut hadir ialah Puan Hajah Habibah, Timbalan Presiden Persatuan Jrobik Negeri Johor, Encik Remiezan Effendie bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan Encik Mesafizam Mesri, wakil Majlis Sukan Daerah Batu Pahat.

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat