Johor Bahru, 17 Julai 2022 - Bengkel Pemantapan Pengurusan Laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) Peringkat Negeri Johor 2022 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Program ini adalah salah satu inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi membantu pertubuhan-pertubuhan belia di negeri Johor untuk memberi pencerahan berkaitan dokumentasi dan pelaporan yang berkaitan dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY).

Taklimat dan perkongsian berkaitan program ini disampaikan oleh Encik Mohd Shes bin Mohd Aris,Pegawai Pendaftaran Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan BeliaKementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

Turut hadir bersama-sama ialah Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah serta sijil penyertaan kepada peserta-peserta program.

 

Disediakan oleh JBS Johor