PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU 15 SEPTEMBER 2019- Bengkel Asas Lompat Tali Berirama Siri 2, peringkat Negeri Johor, 2019 yang telah berlangsung di SMK KOTA MASAI 2, Pasir Gudang. Seramai 113 peserta daripada 10 daerah di negeri Johor telah menyertai Bengkel ini.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk mencari pelapis-pelapis bagi sukan lompat tali ini secara langsung memastikan sukan lompat tali ini terus disemarakkan sebagai salah satu sukan massa dan diamalkan sebagai salah satu gaya hidup sihat bagi semua peringkat umur.

Majlis Perasmian Penutup Bengkel Asas Lompat Tali Berirama Siri 2 telah disempurnakan oleh Cik Belinda Michelle Anak Benedict, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru. Turut hadir ialah Puan Hajah Habibah Presiden Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri Johor (JORSIS).

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru