JOHOR BAHRU, 15 November 2021- Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor telah dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor bertempat di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. Turut hadir di majlis tersebut YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Dato' Haji Salehuddin bin Haji Hassan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Haji. Md Salleheen bin Mohamad Presiden Majlis Belia Negeri Johor. APBN ini bertujuan bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Negeri Johor sekaligus menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan tidak lupa juga kepada peserta-peserta yang telah menyertai pencalonan APBN di peringkat Negeri Johor tahun 2021.Pemenang Kategori Pertubuhan Belia :JohanGerakan Belia 4B Malaysia Cawangan EraJaya SenggarangNaib JohanKelab Belia Orang Asli Kampung Sayong PinangPemenang Kategori Individu Lelaki :Johan Muhammad Nur Hidayah bin SoebNaib Johan Lee San HooPemenang Kategori Individu Wanita :Johan Suria binti SiponNaib Johan Afidah binti Raif#DekadiniDekadAnda#keluargaMalaysia#jabatanbeliasukanjohor#beliajohorDisediakan oleh JBSN Johor