home button

Johor


Johor Bahru, 4 Ogos 2019 - Sedang berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Sukan yang melibatkan penganjuran program Le Tour De Femina, My Sports Challenge, FitMalaysia Edisi Johor dan Karnival Sukan KBS. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Normala Binti Daman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Johor


3-4 Ogos 2019, Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat - Telah dilaksanakan Fit Malaysia@Community peringkat Daerah Batu Pahat bersempena dengan Minggu Sains Negara 2019 peringkat Negeri Johor pada 3-4 Ogos 2019 bertempat di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Kelab Kecergasan Jelita telah mengadakan program kecergasan senamrobik ini dengan pengisian-pengisian menarik termasuklah aerobik, salsa, zapin dan juga zumba.

Acara kemuncak iaitu cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah menarik seperti basikal, barangan elektrik, barangan kesihatan dan kecergasan dan sebagainya telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Puan Nur Amalina binti Holidi dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Encik Remiezan Effendi bin Ibrahim.

Program kecergasan seperti ini memberikan impak yang positif kepada warga Batu Pahat khasnya dan warga negeri Johor amnya untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat disamping memupuk silaturahim dan semangat perpaduan.

#TeamKBS
#PBSDBP
#FitMalaysia
#LetsGetFit

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat

 
Batu Pahat Mall, 4 Ogos 2019
- Berlangsungnya Majlis Pelancaran dan sesi sidang media Brooks National Day Run 2019 bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-62. Ianya akan dianjurkan pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) bertempat di Batu Pahat Mall.

Turut hadir ialah Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Dato’ Dr Rashid Hasnon, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Puan Nur Amalina binti Holidi.

Para penaja utama turut diperkenalkan antaranya ialah Syarikat Brooks sebagai penaja tajuk, Batu Pahat Mall sebagai penaja lokasi, Syarikat Perozin sebagai penaja emas dan Syarikat ProTime Solution dan MomaWater sebagai penaja rasmi bagi Brooks National Day Run 2019.

Pada tahun ini merupakan anjuran kali ketiga Brooks National Day Run sejak pertama kali diadakan pada tahun 2017. Pegawai Daerah Batu Pahat dalam ucapannya, menyatakan hasrat untuk menjadikan acara larian ini sebagai satu acara tahunan dan diharapkan dapat menjadi sebuah acara larian bertaraf antarabangsa.

Kelainan yang dibawakan dalam acara edisi ketiga ini ialah pelbagai acara-acara sampingan seperti Street Soccer 3 ON 3, pertandingan BeyBlade dan juga Pertandingan Buskers Patriotik.

YB Ahli Parlimen Batu Pahat turut menggalakkan warga Batu Pahat khususnya dan warga Johor amnya untuk turut serta dalam acara ini demi menyahut seruan amalan gaya hidup sihat dan menuju ke arah negara bersukan.

#BNDR2019
#PBSDBP
#TeamKBS
#FitMalaysia
#LetsGetFit

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat