Johor
KURSUS KEPIMPINAN DAN KEJURULATIHAN SUKAN TAEKWONDO 2019
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 352
PEKAN NANAS, 18 Disember 2019 - Kelab Taekwondo Cergas Pontian telah mengadakan Kursus Kepimpinan dan Kejurulatihan Sukan Taekwondo 2019 di SJK (C) Yu Ming, Pekan Nanas selama 1 hari bermula 8.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang yang disertai seramai kira-kira 50 orang.
Tujuannya bagi meningkatkan semangat kepimpinan dan pemantapan aspek kejurulatihan dikalangan peserta.
Majlis Penutup Kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof selaku wakil rasmi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian pada jam 4.00 petang. Turut sama En. Lee Soon Chong, Pengerusi Kelab Taekwondo Cergas Pontian dan Cik Sum Pie Jee, Pengerusi Persatuan Belia Cergas Pontian.
Tahniah diucapkan!
Disediakan oleh PBSD Pontian
PENGARAH JBSN JOHOR MENZIARAHI KELUARGA ALLAHYARHAM MUHAMMAD ATA MAAROF, ATLET ANGKAT BERAT ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI KEDIAMANNYA DI TAMAN PAGOH JAYA, MUAR
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 363
Pagoh, 5 Januari 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muar, Encik Mohd Saiful Nizam bin Mohd Anuar telah menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Ata Maarof di kediamannya di Taman Pagoh Jaya, Muar. Allahyarham merupakan atlet angkat berat Orang Kelainan Upaya (OKU) kelahiran Johor telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 4 Januari 2020 dalam tragedi kebakaran di kediamannya di Taman Pagoh Jaya, Muar. Kami seluruh kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Ata Maarof. Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Disediakan oleh Bahagian Sukan JBSN Johor
SESI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR, BAGI PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM TIER 3 MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 481
JOHOR BAHRU, 6 Januari 2020 - Sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) telah dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin bagi pengambilan peserta Program Tier 3 Malaysia Future Leaders School dibawah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan (i-Lead).Seramai 24 orang peserta yang hadir terdiri daripada 10 perempuan 14 lelaki telah selesai menjalani ujian UKJK.Turut hadir En Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan, Pengarah Bahagian Penyelarasan Strategik (i-LEAD) dan En Hazli Bin Hamzah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Inivasi Jaminan Kualiti (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Disediakan oleh Bahagian Sukan JBSN Johor
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE ATAS SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
- Butiran
- Pentadbir JBS Johor
- Jumlah paparan: 531
JOHOR BAHRU, 6 Januari 2020 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Kota Iskandar. Kunjung hormat turut disertai Timbalan Pengarah Sukan, Puan Normala binti Daman dan Penolong Pengarah Rakan Muda, Puan Wardah binti Hussin.
YB Dato’ SUK juga berharap agar jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dapat dilaksanakan dibawah portfolio belia dan sukan.
Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBS Johor