home button

Johor


KUALA LUMPUR, 19 September 2019 : Seramai 14 orang belia Negeri Johor telah menerima Watikah Perlantikan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) bg sesi 2019-2021 pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) yang telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan di Dewan Persidangan Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md. Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, YBrs. Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta pegawai pegawai kanan KBS. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor diwakili oleh YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Belia. Dengan perlantikan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia ini diharapkan lebih banyak suara-suara belia daripada peringkat akar umbi dapat dibawa ke peringkat tertinggi untuk hala tuju pembangunan belia negara secara keseluruhannya.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Belia JBSN Johor


MERSING, 24 September 2019 – Program FitMalaysia@Community Peringkat Daerah Mersing tahun 2019 telah diadakan di Sek. Men. Keb. Nitar, Mersing pada 24 September (Selasa) bermula seawal jam 7.30 pagi. Program ini memberi penekanan kepada gaya hidup aktif dan cergas terutama di peringkat akar umbi dalam usaha menuju ke arah negara bersukan.

Seramai 293 orang guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan telah menyertai program ini. Tuan Haji Abdul Halim bin Suddin, GPK (HEM) Sek, Men, Keb. Nitar, Mersing, mewakili Pengetua Sekolah telah hadir bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing, Puan Suzana binti Haji Ali.

Kepada pelajar Sek. Men. Keb Nitar yang bakal menduduki peperiksaan PT3, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing mengucapkan selamat menjawab kertas peperiksaan dengan jayanya.

#FITFORLIFE
#FitMalaysia@CommunityMersing2019

Disediakan oleh PBSD Mersing


Larkin, 26 September 2019 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor hari ini dimeriahkan oleh Pelajar-Pelajar Tahfiz Daerah Johor Bahru. Telah berlangsung Pertandingan Futsal, Bola Jaring, Badminton dan Memanah. Jom datang beramai-ramai kita meriahkan lagi Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor dengan pelbagai aktiviti sukan.

Disediakan oleh Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor


JOYDEC BATU PAHAT, 29 September 2019 - Telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Bulan Sukan Negara 2019 peringkat Daerah Batu Pahat bersama Kelab-Kelab Kecergasan Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat. Turut hadir ialah Encik Remiezan Effendie bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Encik Mesafizam bin Mesri, Penyelaras Sukan Daerah Batu Pahat dan Encik Mohd Faizal bin Abbas, Pegawai JOYDEC.

Mesyuarat dihadiri oleh 6 Kelab Kecergasan di dalam Daerah Batu Pahat bagi membincangkan program-program yang akan diadakan di daerah Batu Pahat bersempena Bulan Sukan Negara 2019.

Disediakan Oleh PBSD Batu Pahat